Thursday, October 18, 2012

DEMONSTRASI DI TAMU GADANG, UMS KE-14

ASSALAMMUALAIKUM... 

Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS telah mendapat jemputan membuat persembahan  daripada bahagian Demonstrasi Tamu Gadang Sempena Majlis Konvokesyen ke-14, Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan berikut:-

Hari: Khamis
Tarikh: 18 Oktober 2012
Masa: 3.30 petang
Tempat: Dataran Dewan Canselor, UMS

Memandangkan hari kejadian jatuh pada hari bekerja dan hari persekolahan, penyertaan dalam skuad demo pada kali ini kurang mendapat sambutan. Walaubagaimanapun, Kelab tidak akan mudah menyerah kalah, skuad demo yang turun beraksi adalah daripada skuad demo srikandi seramai 6 orang dan seorang wakil panglima sahaja. 

ALHAMDULILLAH, matlamat untuk mempromosikan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi telah tercapai dan mendapat maklum balas yang positif dari pihak penganjur serta orang ramai yang melihat. Semoga lebih ramai lagi penyertaan dari ahli-ahli silat cekak hanafi yang lain pada masa akan datang. 






Terima Kasih kepada tenaga-tenaga pengajar yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Segala masa yang diluangkan amat kami hargai. Sesungguhnya ALLAH melihat segala ibadah kita. INSYAALLAH.  

-SEKIAN, TERIMA KASIH-

3 comments:

  1. Replies
    1. tetapi bila tengok semua posting & gambar di blog scph ums ini, amat jelas seolah ahli wanita lebih ramai drpd lelaki??

      sesuatu wajar dibuat lebih agresif rasanya supaya bilangan lelaki bersilat dpt bertambah ;)

      takkan semua penyelia yg kena fikirkan...;)

      Delete
  2. assalamualaikum blog admin scph ums..

    tahniah kerana mewujudkan blog ini, walau satu ketika dulu pernah ada & mungkin sudah expired..

    cadangan saya:

    1. pohon tukarkan gambar di main page blog ini supaya tidak disalah tafsirkan oleh org awam..mungkin tujuannya utk tonjolkan keceriaan & semangat, tapi lebih mudah utk org salah faham aksi yg ditonjolkan.

    2. di ruangan jkuasa itu wajar juga dinyatakan email yg jelas, mudahkan jika ada ingin hubungi.

    3. demi memastikan scph terus subur di ipta/ipts seluruh Sabah, khususnya di UMS/KK...cara kempen kena dipelbagaikan, tidak terikat dgn cara demo penerangan & booth semata.

    ReplyDelete