Monday, November 25, 2013

PERSEMBAHAN DI TAMU GADANG UMS KE-15

ASSALAMMUALAIKUM,

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli-ahli Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS atas kejayaan membuat persembahan silat di Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-15 pada 22 November 2013 di Padang Kawad, UMS. Alhamdulillah, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS masih lagi dipilih untuk membuat persembahan seperti tahun-tahun yang lalu. Terima kasih kepada semua tenaga-tenaga pengajar dan rakan-rakan atas tunjuk ajar dan bantuan untuk melaksanakan persembahan silat ini. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian semua. Terima kasih juga kepada penyelaras kelab, En. Alan yang banyak membantu memudahkan pergerakan kelab di UMS. Jasa baik yang diberikan amat kami hargai. 






Sumber gambar: Saudara Radika Qalbie

Sekian, terima kasih.

Sunday, November 24, 2013

Amukan Mak Jemah Workout


ASSALAMMUALAIKUM...

Amukan Mak Jemah Workout adalah salah satu program riadah dan fitness yang diadakan oleh ahli-ahli Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS dimana telah diadakan pada setiap hujung minggu bermula pada tarikh berikut:-

6/10/2013- Strength and conditioning (introduction to fitness)



13/10/2013-Basic core conditioning (concentrate more on hips and waist)



20/10/2013-Stairway to hell

2/11/2013-Enjoi the park fitness

3/11/2013- Riadah 1 Suara 1 Hati

10/11/2013-Zombie Survival Workout (intermediate)


17/11/2013-Amukan Mak Jemah Workout di ODEC UMS



Selain daripada rutin mingguan turun kelas latihan silat, aktiviti riadah seperti ini juga turun menjadi pilihan kami untuk mengisi waktu lapang. Diharapkan aktiviti berfaedah seperti ini dapat diteruskan dan pastinya tidak akan berhenti disini.

**Sumber gambar: Ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS

Sekian, Terima kasih.

Tuesday, November 5, 2013

RIADAH 1 SUARA 1 HATI

ASSALAMMUALAIKUM,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS telah berjaya melaksanakan program santai iaitu Riadah 1 Suara 1 Hati yang diadakan pada 3 November 2013 lalu. Program sebegini memberi peluang untuk mengeratkan hubungan sesama ahli selain melihat keindahan alam ciptaan ILLAHI selain dapat mengisi masa lapang dikala cuti pertengahan semester 2013/2014. 

Muzium Sabah
Kereta api di Muzium Sabah
Sabah tempat pelancongan terbaik
Perjalanan ke Sungai Mandalipau, Sabah

Melalui 2 Jambatan Gantung
Mandi-manda di sini
Kenangan kami disini akan diingati

Sumber gambar: Ahli-Ahli Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS

Sekian, terima kasih.