Thursday, January 23, 2014

Kunjungan Hormat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah Ke Pejabat Datuk Naib Canselor

ASSALAMMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH, Kunjungan Hormat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah ke Pejabat Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk DR. Mohd Harun Abdullah telah diadakan pada 19 Februari 2014. Kunjungan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah dan Universiti Malaysia Sabah sebagai rakan penganjur bagi program Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Peringkat IPT & Sek dan Program Persembahan Seni Bela Diri 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah.

Jutaan terima kasih daripada pihak Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Universiti Malaysia Sabah atas kesudian pihak Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah membawa kami bersama-sama ke kunjungan hormat tersebut.






Kunjungan ini turut dipaparkan di laman sesawang Universiti Malaysia Sabah:
Kunjungan Hormat Persatuan Seni SIlat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah ke Pejabat Datuk Naib Canselor


Sekian, terima kasih.