Thursday, March 6, 2014

Kunjungan Hormat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sabah

ASSALAMMUALAIKUM,  

ALHAMDULILLAH, Kunjungan Hormat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah ke Pejabat YBhg. ASP (K/S) Prof Madya Datuk Kasim hj Md Mansur, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sabah telah diadakan pada 27 Februari 2014.

Kunjungan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah dan Universiti Malaysia Sabah sebagai rakan penganjur bagi program Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Peringkat IPT & Sek dan Program Persembahan Seni Bela Diri 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah.  

Jutaan terima kasih daripada pihak Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Universiti Malaysia Sabah atas kesudian pihak Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah membawa kami bersama-sama ke kunjungan hormat tersebut. Semoga semua ahli Silat Cekak Hanafi Pusaka Ustaz Hanafi khususnya di Universiti Malaysia Sabah terus berjuang memartabatkan adat dan budaya. In SYa ALLAH. 









Sekian, terima kasih.