Sunday, May 31, 2015

Sijil Rendah Persilatan (SRP)

Assalamualaikum w.b.t

Syabas dan Tahniah kepada para peserta yang terlibat dengan Sijil Rendah Persilatan (SRP) yang julung-julung kali di adakan di Sabah.
Sijil Rendah Persilatan (SRP)  ini dilaksanakan pada 30 Mei 2015 pada hari sabtu. Bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.
Seramai 57 orang peserta untuk SRP kali ini dan seramai 21 pelajar UMS yang meyertainya.
Ujian teori dilaksanakan di Dewan Kuliah Pusat 1.
Manakala ujian praktikal dilaksanakan di Dewan Badminton, UMS.

Sebelum bersurai, latihan pergerakan 10 minit sempena Mysilat Myfest telah diadakan, dengan diketuai oleh, Saudara Radika Qalbie.

peserta mengulangkaji nota sebelum ujian teori

suasana sebelum ujian SRP bermula

suasana DKP 1 bagi ujian teori

latihan pemanasan badan bagi tester

latihan pemanasan badan bagi tester

ucapan diberi oleh salah seorang wakil dari ibu pejabat

ucapan daripada YDP Persatuan Sabah, Tn. Awang Masri. hj Kefli


latihan pergerakan 10 min sempena Mysilat Myfest

latihan pergerakan 10 min sempena Mysilat Myfest

Gambar beramai-ramai bersama semua yang terlibat dala SRP ini.   



Wednesday, April 1, 2015

KEJOHANAN WAJADIRI KEBANGSAAN SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI PERINGKAT IPT DAN SEKOLAH 2015

Assalamualaikum w.b.t

Kejohanan Wajadiri Kebangsaan Silat Cekak Pusaka Hanafi peringkat IPT dan sekolah pada tahun ini, telah berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Pada 30 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015. Sebanyak 32 IPT yang menyertai kejohanan kali ini. 

Skuad Wajadiri UMS ini diwakili oleh seramai 22 orang ahli, dengan diketuai oleh En. Elias Ramli
Kejohanan pada kali ini, skuad wajadiri UMS mendapat tempat ke-4, dimana mereka berjaya membawa pulang 1 emas dan 2 gangsa. Pingat emas ini, disumbangkan melalui kategori Umum kreatif lelaki, manakala 2 gangsa pula melalui kategori papan sekeping wanita dan lelaki. Selain itu, skuad wajadiri ini juga telah menerima Anugerah Khas Juri. 


Berikutan adalah artikel mengenai kejayaan Skuad Wajadiri UMS yang disiarkan di surat khabar Utusan Borneo.

Tahniah!
Penyerahan bendera UMS dan Sabah kepada Skuad Wajadiri UMS

Penyerahan bendera Sabah kepada Tn Hj Awang Masri daripada Naib Canselor

Peserta wajadiri yang mewakili Sabah bersama Guru Utama.

Latihan sebelum pertandingan

Latihhan di Kompleks Sukan


Suasana di Lapangan Kapal Terbang

Latihan sebelum

Persediaan pada hari pertandingan

Suasana di luar dewan



Kata-kata semangat oleh ketua kumpulan
Pingat yang diperolehi

TAHNIAH SKUAD WAJADIRI UMS


Thursday, March 5, 2015

Majlis Ijazah Tamat dan Asas

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnia-Nya, Berlangsungnya lagi majlis ijazah di sekitar Negeri Sabah di bawah bayu ini.

Masjid Al Falah, Institusi Latihan Perindustrian, menjadi saksi Majlis Pengijazahan pada tahun ini, kepada para pesilat di sekitar Kota Kinabalu.

Di UMS sendiri seramai 28 orang pelajar yang telah di ijazah tamat dan seramai 10 orang pelajar di ijazah asas. Antara pusat latihan yang hadir pada malam tersebut adalah dari JBS, MBR, ILP, MTIB, dan dari UMS sendiri.


Sesi pengijazahan kepada seorang ahli tamat UMS

Pemberian limau kepada ahli-ahli tamat

Antara ahli dari UMS

Pengijazahan kepada pelajar perempuan



Srikandi-srikandi UMS  bersama Guru Utama

Sesi bergambar setelah selesainya Majlis Pengijazahan

Sesi bergambar para ahli Silat Cekak di sekitar Kota Kinabalu


Segala puji kepada Allah yang Maha Luas dan Maha Mengetahui, semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan sentiasa menjaga serta melindungi Guru Utama kita, YM Sheikh DR. Hj. Mohd Radzi Bin Hj. Hanafi, agar Guru Utama sentiasa mempunyai ruang dan masa untuk datang ke sini lagi.. 
Amin Ya Rabb.




Friday, February 27, 2015

Pengambilan Ahli Baru Kelab Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi UMS



Assalamualaikum wbt

Pengambilan Ahli Baru Kelab Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi UMS, telah berlangsung pada 23 Februari 2015 sehingga 27 Februari 2015. Pembukaan kaunter pendaftaran di Foyer Perpustakaan UMS, bermula dari 23 Februari 2015 sehingga 27 Februari 2015, seawal 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Manakala Majlis Penerangan dilakukan pada 27 Februari 2015, pada jam 9.00 malam, bertempat di Komplek Sukan, UMS. Penerangan dilakukan oleh salah seorang tenaga pengajar di UMS sendiri iaitu Saudara Elias bin Ramli.

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada malam Majlis Penerangan adalah Demo dari ahli kelab sendiri, dan juga tayangan video.

Pembukaan kaunter pendaftaran di foyer perpustakaan.

Suasana semasa pendaftaran

Pengedaran flyers kepada pelajar

Ahli menerangkan serba sedikit mengenai silat cekak


Para Mahasiswi yang hadir semasa Majlis Penerangan

An5ara mahasiswa yang hadir semasa Majlis Penerangan

Demo sebelum Majlis Penerangan

Suasana Majlis Penerangan

Para Mahasiswa mendengar penerangan

Suasana majlis Penerangan

Sunday, February 1, 2015

Carta Organisasi Kelab Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi UMS 2014/2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izin Allah, jentera baru untuk kelab Silat Cekak Pusaka Hanafi yang baru untuk sesi 2014/2015 telah pun dilantik.

Tahniah kepada yang terpilih.

Semoga anda cekal, dalam menggalas amanah yang diberi.

Barisan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Kelab sesi 2014/2015

"AMANAH tak dapat dilihat dengan mata, tak dapat disentuh dengan tangan, namun, dialah yang paling berat di DUNIA ini"