Sunday, March 10, 2013

UMS Turut Serta Cipta Sejarah Cekak Hanafi Sabah

ASSALAMMUALAIKUM

Syukur Alhamdulillah, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah telah berjaya menganjurkan Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi Terpanjang Peringkat Negeri Sabah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-13 Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Mac 2013 di Taman Sungai Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. 

Banner Rasmi
Perasmian
Pandangan dari Atas
Pesilat-Pesilat UMS
Demo dari UMS

Srikandi
Keratan Akhbar
Kami Telah Cipta Sejarah
Terima kasih kepada pihak Persatuan dan pesilat-pesilat seluruh negeri Sabah dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya program ini memberi impak yang besar kepada Silat Cekak Ustaz Hanafi keseluruhannya dan berharap masyarakat dapat membuka minda mereka tentang pentingnya seni pertahankan diri dalam kehidupan. Semoga Silat Cekak Ustaz Hanafi sentiasa dapat keberkatan daripada ALLAH SWT.
IN-SYA-ALLAH.

**Sumber gambar: Facebook Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah dan pesilat-pesilat Cekak Hanafi. 

Sekian, Terima Kasih.