Thursday, October 18, 2012

DEMONSTRASI DI TAMU GADANG, UMS KE-14

ASSALAMMUALAIKUM... 

Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS telah mendapat jemputan membuat persembahan  daripada bahagian Demonstrasi Tamu Gadang Sempena Majlis Konvokesyen ke-14, Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan berikut:-

Hari: Khamis
Tarikh: 18 Oktober 2012
Masa: 3.30 petang
Tempat: Dataran Dewan Canselor, UMS

Memandangkan hari kejadian jatuh pada hari bekerja dan hari persekolahan, penyertaan dalam skuad demo pada kali ini kurang mendapat sambutan. Walaubagaimanapun, Kelab tidak akan mudah menyerah kalah, skuad demo yang turun beraksi adalah daripada skuad demo srikandi seramai 6 orang dan seorang wakil panglima sahaja. 

ALHAMDULILLAH, matlamat untuk mempromosikan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi telah tercapai dan mendapat maklum balas yang positif dari pihak penganjur serta orang ramai yang melihat. Semoga lebih ramai lagi penyertaan dari ahli-ahli silat cekak hanafi yang lain pada masa akan datang. 






Terima Kasih kepada tenaga-tenaga pengajar yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Segala masa yang diluangkan amat kami hargai. Sesungguhnya ALLAH melihat segala ibadah kita. INSYAALLAH.  

-SEKIAN, TERIMA KASIH-

Kejohanan Futsal

Assalammualaikum...

Syukur Alhamdulillah,  pada Hari Ahad, 14 Oktober 2012 yang lalu, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS telah menyertai LIGA FUTSAL SCUH KK 2012 yang dianjurkan oleh Skuad 1 Malaysia Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah di Kepayan Futsal Centre. 

Berikut adalah skuad yang bertanding:-

Group A
1. ILP BLUES
2. IKBN ALOHA
3. JBS
4. MTIB
5. UNITAR RED ANTS
6. POLITEKNIK KK
7. URANG MAIN SILAT (UMS)

GROUP B
1. MBR GANGSTER PARADISE
2. KEMPULAN YOUNG SEMBOY (KYS)
3. UITM RAFFLESIA
4. UMS WARRIOR
5.TEKNIK LIKAZZ
6. LA SALLE OLD BOYS


Persaingan yang sengit antara skuad telah menunjukkan semangat kerjasama dan semangat berpasukan yang diperlukan untuk mengejar sesuatu kejayaan. Skuad Urang Main Silat (UMS) telah memenangi tempat pertama dan Skuad UMS Warrior telah mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS memenangi Johan Keseluruhan bagi LIGA FUTSAL SCUH KK 2012. 

Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan terus mengekalkan pencapaian anda, dan kepada yang kurang berjaya, teruskan usaha anda pada masa akan datang. insyaALLAH, tuah belum tamat disini. 

Perasmian
Skuad UMS sebelum bertanding
Semua skuad bergabung
Urang Main Silat (UMS)
fokus bermain
Wajah-wajah Juara
kami lah skuad sorak UMS
Terima kasih kepada pihak penganjur dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi untuk mengeratkan silaturahim antara ahli dan memeriahkan lagi suasana kehidupan. InsyaALLAH.

~sumbangan gambar-gambar kenangan daripada ahli-ahli silat UMS dan ahli-ahli silat cawangan yang lain~ 

SEKIAN, TERIMA KASIH 
:)

Monday, October 8, 2012

Hari Berdarah

ASSALAMMUALAIKUM...

Seperti yang telah sedia maklum, Facebook Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS telah menghebohkan tentang program Derma Darah di Centre Point, Kota Kinabalu pada hari Ahad, 7/10/2012. Oleh yang demikian, kami mengambil langkah ini untuk sama-sama menyertai program ini sambil mengeratkan hubungan antara ahli-ahli silat yang lain. 

Walaupun tidak mendapat sambutan daripada ahli-ahli yang baru, tetapi dengan program seperti ini memberi sedikit pendedahan bahawa silat bukan sahaja terikat dengan latihan semata-mata, tetapi silat boleh menjadikan kita berada dalam sebuah keluarga yang besar. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. InsyaALLAH. :)

Sarapan Dulu
Jalan-jalan di Gaya Street
Rombongan Cik Kiah.. :)
Semangat tinggi
Paling Semangat nak Derma Darah
Cuak-cuak pun.. derma jugak... TERBAIK
tenang je
Satu-satunya wakil srikandi
Tujuan Utama
Singgah di Bukit Bendera
Bersantai-santai sebelum pulang
Sekian, Terima Kasih.

Saturday, October 6, 2012

KELUARGA BESAR KELAB SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI, UMS

ASSALAMMUALAIKUM...

Syukur ke hadrat ILLAHI... dengan berkat limpah kurnianya... tercapai juga hasrat Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS untuk menambah bilangan ahlinya melalui Pengambilan Ahli Baru Fasa 1, 2012/2013 baru-baru ini. 

Semoga pengambilan ahli baru ini sebagai nilai tambah menjadi insan yang berani dan semangat dalam pelbagai cabaran. Terutamanya, tujuan utama belajar silat adalah untuk mempertahankan diri bukan untuk menunjukkan kehebatan diri. 

Mari Hayati Pantun Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi 

Silat Cekak Amatlah Mudah,
Bagi Mereka yang Mendapat Hidayah,
Sungguhpun Begitu Hendaklah Tabah, 
InsyaALLAH Mendapat Faedah.

Ucapan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG kepada semua ahli-ahli baru Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS. Sesungguhnya, anda telah dipilih oleh ALLAH dan inilah perjalanan hidup anda. Semoga terus bersabar dan tabah dalam menimba ilmu.  InsyaALLAH, dipermudahkan segala urusan.

Tahniah dan syabas kepada AJK pelaksana yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Pengambilan Ahli Baru Fasa 1, 2012/2013 ini. Jasa baik anda amat bermakna buat Kelab. Sesungguhnya, Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi melahirkan insan yang bertanggungjawab. InsyaALLAH, dengan izin-NYA.







SEKIAN, TERIMA KASIH.

Thursday, October 4, 2012

Sesi Penerangan Ahli Baru Fasa 1, 2012/2013

Assalammualaikum...

Seperti yang sedia maklum, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS sedang berada di kemuncak pengambilan ahli baru bagi Fasa 1, 2012/2013. Bagi kelancaran pada kelas latihan Jumaat ini (5/10/2012), Kelab telah melaksanakan satu sesi penerangan bagi ahli-ahli baru pada ketetapan berikut:-

Hari: Rabu
Tarikh: 3 Oktober 2012
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Kompleks Sukan UMS

Sesi ini dijalankan sebagai salah satu alternatif bagi memudahkan proses pendaftaran, pembayaran, pertanyaan dan pemberitahuan. Sedikit sebanyak ia dapat menggelakkan berlaku kesilapan atau kekeliruan dari pihak kelab ataupun dari ahli-ahli baru. 

ALHAMDULILLAH, sesi ini menampakkan suatu yang positif dan perlu diteruskan untuk pengambilan ahli baru pada masa akan datang. Terima kasih kepada ahli-ahli yang menjayakannya, jasa anda tidak ternilai harganya. Semoga Kelab terus berada dalam keredhaan dan rahmat ALLAH. InsyaALLAH.  

-1 HATI 1 SUARA-







SEKIAN, TERIMA KASIH.

Wednesday, October 3, 2012

Aktiviti Sampingan: Pengiring Pengantin

Assalammualaikum...

Pada hari Ahad, 30 September 2012, kami mendapat jemputan menjadi pengiring pengantin di majlis perkahwinan anak saudara Hj Ammarullah bersama-sama dengan ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi dari cawangan sekitar Kota Kinabalu. 






Ini adalah gambar sebelum dan selepas, gambar semasa tidak berkesempatan atas sebab menjalankan tanggungjawab. 

TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kami ucapkan kepada kedua mempelai suami isteri, semoga perkahwinan yang dibina sentiasa diberkati dan dilindungi. InsyaALLAH.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, October 2, 2012

PEMBERITAHUAN SESI PENERANGAN AHLI BARU FASA 1, 2012/2013

ASSALAMMUALAIKUM...

Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS akan mengadakan Sesi Penerangan Ahli Baru Fasa 1, 2012/2013. Oleh itu, kepada sesiapa yang telah mendaftarkan diri dalam Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS, anda dikehendaki menghadirkan diri pada:

Hari : RABU
Tarikh: 3/10/2012
Masa : 8.30 MALAM
Lokasi : KOMPLEKS SUKAN UMS

P/S: bawa bersama Yuran ahli baru.

TINDAKAN: Semua MAJLIS TERTINGGI dan MAJLIS EKSEKUTIF serta ahli-ahli Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS.

Sekian, Terima Kasih.