Sunday, September 30, 2012

Pengambilan ahli baru di ruang legar perpustakaan, UMS

Assalammualaikum..

Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS telah membuka kaunter pendaftaran pada:-

 Hari: Jumaat
Tarikh: 28 September 2010
Masa: 9 pagi-6 petang
Tempat: ruang legar perpustakaan UMS

kaunter di foyer library
Pembukaan kaunter ini adalah pengambilan ahli baru secara besar-besaran setelah kelab mengadakan pengambilan ahli baru di kolej kediaman E dan di Pejabat Suksis, UMS. 

Hari ini, Isnin, 1 Oktober 2012 adalah tarikh tutup bagi Pengambilan Ahli Baru Fasa 1, Sesi 2012/2013 dimana semua ahli-ahli baru dikehendaki menghadiri kelas latihan pertama pada:-

Hari: Jumaat
Tarikh: 5 Oktober 2012
Masa: 9-11 Malam
Tempat: Kompleks Sukan UMS. 

Tindakan semua ahli berkaitan ini amat diperlukan bagi kelancaran pengambilan kali ini. insyaALLAH.. dipermudahkan segala urusan... :)

-1 SUARA 1 HATI-

Sekian, Terima kasih.

Majlis Penerangan di Pejabat Kor-Suksis, UMS

Assalammualaikum....

Maaf atas kelewatan mengupdate aktiviti yang sudah seminggu berlalu... jutaan terima kasih dan tahniah kepada yang telah menjayakan majlis penerangan ini terutamanya kepada pihak Kor-Sukarelawan Siswa (SUKSIS), Universiti Malaysia Sabah yang membenarkan kami menarik lebih ramai ahli di pejabat SUKSIS pada hari Sabtu, 22 September 2012, jam 8 hingga 10 malam. Semoga segala ibadat yang dijalankan mendapat keredhaan ALLAH... 

Terima kasih juga kepada Penyelia Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS, Encik Syahrom Bin Saidon yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam segala aktiviti kelab. kepada ahli-ahli yang sentiasa tabah dalam menempuhi segala cabaran.. syabas dan tahniah diucapkan... perjuangan anda amat besar kepada kelab kita. apa yang penting, kerjasama antara ahli adalah kunci segala rahsia berkumpulan. segala terlebih atau kekurangan dalam majlis ini, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan... insyaALAH... kami akan memperbaiki pengalaman ini untuk masa akan datang... diharapkan aktiviti sebegini akan terus diperjuangkan... insyaALLAH ada hikmahnya.... 

Apa yang penting... minggu ni kita akan dapat ahli baru, kawan baru, geng baru dan macam-macam lagi yang baru.. Terima kasih kasih kepada yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.. semoga Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi, UMS akan terus mendapat sambutan dari semasa ke semasa.. insyaALLAH.. :)

1 SUARA 1 HATI....

"PEWARIS WARISAN MUTLAK"


sesi pemakaian tengkolok..
menunggu giliran utk berdemo
Ucapan drp wakil SUKSIS, Saudara Shafiq
pendemo-pendemo
Majlis Penerangan disampaikan oleh
Encik Syahrom Bin saidon
sistem pembelajaran
Penyampaian Cenderhati kepada Pihak Suksis
melalui SM Murugaya Doraisamy
target kami... pelajar suksis, ums
gambar kenang-kenangan di majlis penerangan SUKSIS
jamuan pelajar
jamuan tetamu jemputan
kaunter pendaftaran
sebahagian ahli-ahli silat
posing sambil berpromosi

Friday, September 14, 2012

PENGAMBILAN AHLI BARU DI PROGRAM SEERAT SALAM KOLEJ E, UMS

Alhamdulillah...

Selesai sudah pengambilan ahli baru di Program Seerat Salam Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah dalam slot Mari Mengenali dan Sertai Kelab yang telah dijalankan pada 11, 12, dan 13 September 2012 baru-baru ini. 

Jutaan terima kasih kepada Pengetua Kolej Kediaman E, Dr Andika Aziz Husin, Felo Blok A2 merangkap ahli silat cekak hanafi iaitu Encik La Masri, Jakmas-jakmas Kolej E, UMS, AJK Pelaksana, pelajar-pelajar Kolej E dan semestinya ahli-ahli Kelab Seni silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Pengambilan ahli baru perlu diperluaskan juga di kolej kediaman yang lain dan beberapa perancangan program pengambilan ahli baru yang akan diberitahu dari semasa ke semasa. Diharapkan ahli-ahli silat cekak terus bersedia dengan semangat 1 Suara 1 Hati dalam meramaikan lagi ahli silat kita. InsyaALLAH, dipermudahkan.

jom daftar ramai-ramai
skuad demo 
Majlis Penerangan disampaikan oleh Penyelia Kelab Silat
Cekak Hanafi UMS, Encik Syahrom Bin Saidon
Asas buah pertama
kaedah C
Asas buah hempuk
Booth kami
penuh penceritaan disebalik gambar
kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Dato' Saifuddin Abdullah, TNC Hal Ehwal Pelajar UMS, Dato' Kasim
Mansur dan Pengetua Kolej Kediaman E, Dr Andika Aziz Husin 

Tahniah kepada semua yang menjayakan.
Sekian, Terima Kasih.

Monday, September 10, 2012

WAR-WAR PENGAMBILAN AHLI BARU SEMESTER 1, SESI 2012/2013

Assalammualaikum...

Semester 1, Sesi 2012/2013 telah pun bermula... dan aktiviti pertama utuk semester ini.. pengambilan ahli baru akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini untuk mencapai matlamat pada tahun 2015 ... sebarang maklumat dan aktiviti berkaitan pengambilan ahli baru akan diberitahu dr semasa ke semasa.. insyaALLAH... 

poster pengambilan ahli baru semester 1, sesi 2012/2013

Flyers pengambilan ahli baru


Mari sama-sama menarik lebih ramai ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi

1 SUARA 1 HATI