Wednesday, December 26, 2012

Program Trip Silat 2012: Go Enjoy Day

ASSALAMMUALAIKUM

Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi UMS telah berjaya melaksanakan Program Trip Silat 2012: Go Enjoy Day,  pada hari Selasa, 25 Disember 2012 di Kundasang, Sabah.

Perjalanan yang penuh liku
Gunung Kinabalu, Sabah
Berhenti Sebentar Melihat Pemandangan
Sarapan Dulu
Spa Ikan
Sabah Teh Garden
Ladang Teh
Kami 1 Famili
Desa Cattle
Produk Berasaskan Lembu semua disini
Kenangan Terindah
Terima kasih kepada yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga aktiviti menjadi sempadan pengerat ukhuwah antara sesama ahli silat. 

Sekian, Terima Kasih.

Monday, December 24, 2012

CINTA CEKAK

ASSALAMMULAIKUM... 

Kelab Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UMS telah menghadiri jemputan perkahwinan dan turut dapat jemputan untuk membuat demonstrasi silat di majlis pasangan Silat Cekak Ustaz Hanafi, Tuan Sahariful Rizal Yahya dan Puan Siti Nurbayah Alias pada hari Ahad, 23 Disember 2012 di Dewan Wisma Pertanian, Kota Kinabalu, Sabah.


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KEDUA MEMPELAI
~Semoga Masjid Yang Di Bina Berkekalan Ke Akhir Hayat~

Tuan Sahariful Rizal Yahya dan Puan Siti Nurbayah Alias

DARIPADA:-
KELAB SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UMS


Tahniah dan terima kasih atas jemputan. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kedua pasangan ini. AMIN.

Sekian, Terima Kasih. :)

Sumber Gambar: Facebook Tuan Sahariful Rizal Yahya dan Cik Nur Athirah Amiruddin

Wednesday, December 19, 2012

Kompilasi Video Penyertaan Kami

ASSALAMMUALAIKUM...

Mari saksikan aksi kami

Persembahan Di Majlis Makan Malam 
& Anugerah Kecemerlangan CD, Universiti Malaysia Sabah
Di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.


Persembahan Di Tamu Gadang,
 Sempena Majlis Konvokesyen Ke-13, 
Universiti Malaysia Sabah


Persembahan Dalam Program Cabaran 1 dalam 10000, 
Sempena Kempen Jom Silat Cekak Ustaz Hanafi, 
Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
(10 Oktober 2010)


SEKIAN, TERIMA KASIH.


Saturday, December 15, 2012

Jom Kita Lakar Sejarah

ASSALAMMUALAIKUM...

Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS sedang dalam persediaan untuk mengikuti Program Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi Terpanjang Peringkat Negeri Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), jabatan-jabatan kerajaan dan persekutuan. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-


Hari: Sabtu
Tarikh: 2 Mac 2013. 
Tempat: Sembulan River Park, Kota Kinabalu, Sabah

Kepada semua ahli, teruskan perjuangan dan tabahkanlah hati dalam pelbagai dugaan, sesungguhnya kita sedang diuji. Kepada ahli-ahli yang mula menjauhkan diri, marilah beraksi semula untuk mempertahankan warisan Melayu. "Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air". Mari sama-sama kita rentasi lautan hingga ke destinasi yang julung-julung kalinya diadakan. Semoga program yang dirancang mencapai matlamatnya, INSYAALLAH. 

Latihan Demo Terpanjang

Info dr YDP Silat Cekak Hanafi Sabah, Tuan Haji Awang Masri Kefli di laman Facebooknya, Amk Kefli pada 11 Disember 2012: 

SMS Tn Syeikh Dr. Haji Md. Radzi Bin Hj. Hanafi Al-Qadahi dan doa beliau untuk Pgrm Persembahan SCUH Terpanjang di Sembulan River Park, Kota Kinabalu Sabah: SEMOGA PROGRAM KITA DI SABAH TERUS BERJAYA DAN DIPERMUDAHKAN DAN CEKAK HANAFI BERTAPAK KUKUH DAN UTUH DI BUMI SABAH. SALAM KASIH DAN TERIMA KASIH BUAT KELUARGA DAN AHLI-AHLI. 


**Sumber gambar daripada Penyelia KSSCPUHUMS, Encik Syahrom Bin Saidon. 


Sekian, terima kasih.

~Peneraju Warisan Mutlak~


Tuesday, December 11, 2012

PENGAMBILAN AHLI BARU


ASSALAMMUALAIKUM.... 


Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Universiti Malaysia Sabah dalam persediaan untuk Program Pengambilan Ahli Baru. Oleh itu, dengan berbesar hatinya, kami mengalu-alukan penyertaan daripada pelajar-pelajar UMS dan staf-staf UMS serta terbuka kepada sesiapa sahaja yang beragama Islam. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Ahad, 16 Disember 2012

Latihan bagi ahli baru akan bermula pada ketetapan berikut:

Hari: Selasa
Tarikh: 18 Disember 2012 
Masa: 8.30 - 11.00 Malam
Tempat: Anjung Perdana, Kolej Kediaman E, UMS. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:-

Saudara Nizam: 013-5427362
Saudari Neili: 017-6130010



Sekian, terima kasih. 

~Peneraju Warisan Mutlak~