Monday, November 25, 2013

PERSEMBAHAN DI TAMU GADANG UMS KE-15

ASSALAMMUALAIKUM,

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli-ahli Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS atas kejayaan membuat persembahan silat di Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-15 pada 22 November 2013 di Padang Kawad, UMS. Alhamdulillah, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS masih lagi dipilih untuk membuat persembahan seperti tahun-tahun yang lalu. Terima kasih kepada semua tenaga-tenaga pengajar dan rakan-rakan atas tunjuk ajar dan bantuan untuk melaksanakan persembahan silat ini. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian semua. Terima kasih juga kepada penyelaras kelab, En. Alan yang banyak membantu memudahkan pergerakan kelab di UMS. Jasa baik yang diberikan amat kami hargai. 






Sumber gambar: Saudara Radika Qalbie

Sekian, terima kasih.

Sunday, November 24, 2013

Amukan Mak Jemah Workout


ASSALAMMUALAIKUM...

Amukan Mak Jemah Workout adalah salah satu program riadah dan fitness yang diadakan oleh ahli-ahli Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS dimana telah diadakan pada setiap hujung minggu bermula pada tarikh berikut:-

6/10/2013- Strength and conditioning (introduction to fitness)



13/10/2013-Basic core conditioning (concentrate more on hips and waist)



20/10/2013-Stairway to hell

2/11/2013-Enjoi the park fitness

3/11/2013- Riadah 1 Suara 1 Hati

10/11/2013-Zombie Survival Workout (intermediate)


17/11/2013-Amukan Mak Jemah Workout di ODEC UMS



Selain daripada rutin mingguan turun kelas latihan silat, aktiviti riadah seperti ini juga turun menjadi pilihan kami untuk mengisi waktu lapang. Diharapkan aktiviti berfaedah seperti ini dapat diteruskan dan pastinya tidak akan berhenti disini.

**Sumber gambar: Ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS

Sekian, Terima kasih.

Tuesday, November 5, 2013

RIADAH 1 SUARA 1 HATI

ASSALAMMUALAIKUM,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS telah berjaya melaksanakan program santai iaitu Riadah 1 Suara 1 Hati yang diadakan pada 3 November 2013 lalu. Program sebegini memberi peluang untuk mengeratkan hubungan sesama ahli selain melihat keindahan alam ciptaan ILLAHI selain dapat mengisi masa lapang dikala cuti pertengahan semester 2013/2014. 

Muzium Sabah
Kereta api di Muzium Sabah
Sabah tempat pelancongan terbaik
Perjalanan ke Sungai Mandalipau, Sabah

Melalui 2 Jambatan Gantung
Mandi-manda di sini
Kenangan kami disini akan diingati

Sumber gambar: Ahli-Ahli Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 30, 2013

MAKAN MALAM AMAL SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI SABAH

ASSALAMUUALAIKUM

Syukur ALHAMDULILLAH, dengan limpah kurniaNYA, Majlis Makan Malam Amal Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah telah bejaya dilaksanakan pada ketetapan berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 26 Oktober 2013
Tempat: Megallen Sutera Habour, Kota Kinabalu, Sabah

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin sebagai perasmi Sambutan 20 Tahun Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di negeri Sabah serta kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang lain. Terima kasih kepada pihak penganjur dan ahli jawatankuasa yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ini. Sesungguhnya, majlis ini memberi kesan yang besar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Sabah. Semoga perancangan program-program seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. IN SYA ALLAH. Untuk berita penuh Majlis Makan Malam Amal boleh layari di Laman Web Rasmi Persatuan Seni SIlat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah.

Gambar kenang-kenangan Ahli Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS di Majlis Makan Malam Amal Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah.

Bersama YM Tn Syeikh Dr. Haji Md. Radzi Bin Hj. Hanafi Al-Qadahi

Petugas dan Urusetia dari UMS
Tema Batik Dipilih

Bersama Pembawa Parang Lading
Senjata Rasmi Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi

Sumber gambar: Ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah


Sekian Terima Kasih.


Saturday, October 5, 2013

PEMBUKAAN BOOTH BERJAYA

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULLILLAH, misi membuka booth pengambilan ahli baru di Dewan Kuliah Utama (DKP) Baru telah berjaya dijalankan pada hari Rabu hingga Jumaat, 2 hingga 4 Oktober 2013. Jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS ynag turun membantu dalam mempromosikan silat kita. Teruskan usaha menarik ramai lagi ahli baru agar keluarga Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di UMS semakin berkembang. Semoga usaha yang dijalankan dirahmati, IN SYA ALLAH. 


Gambar di Hari Ke-2

Sekian, terima kasih.


Tuesday, September 24, 2013

JUALAN MEJA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL MASIH DIBUKA



ASSALAMMUALAIKUM...

Sukacita dimaklumkan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal pada ketetapan berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 26 Oktober 2013
Tempat: Sutera Harbour, Kota Kinabalu

Makluman kepada semua ahli-ahli Kelab Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Universiti Malaysia Sabah, pembayaran boleh diserahkan kepada penyelia kelas, Encik Syahrom Bin Saidon sebelum atau pada 10 Oktober 2013. 

Sekian, terima kasih. 

Tuesday, September 17, 2013

CARTA ORGANISASI KELAB SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UMS SESI 2013/2014



CARTA ORGANISASI 
KELAB SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UMS SESI 2013/2014

PENAUNG
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Bin Abdullah
(Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah)

PENASIHAT
Y.Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur
(Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

PENYELARAS KELAB I
En. Alan james
(Pegawai Kebudayaan UMS)

Penyelaras KELAB II
En. Radika Bin Kalbie
(Bahagian Bendahari UMS)

PENYELIA KELAB
En. Syahrom Bin Saidon
(Penyelia merangkap Jurulatih Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS)

YANG DI-PERTUA
Mansah Bin Jilika 

NAIB YANG DI-PERTUA I 
Aliff Batasya Bin Youb Adinin

NAIB YANG DI-PERTUA II
Neili Binti Abu Shuhud 

SETIAUSAHA
Nur Athirah Binti Amiruddin

TIMBALAN SETIAUSAHA
Rozalia Binti Mohd Geoffery 

BENDAHARI
Nurlaila Fauriza Binti Abdul Rahman 

TIMBALAN BENDAHARI
Muhammad Faezuddin Bin Mertadza

BIRO PERHUBUNGAN SERANTAU
Muhammad Zulfiqar Bin Mat Lui

TIMBALAN BIRO PERHUBUNGAN SERANTAU
Anasthasia Binti Misiran

BIRO KEAGAMAAN DAN SOSIAL
Muhammad Shuib Bin Norudin

TIMBALAN BIRO KEAGAMAAN DAN SOSIAL
Nurainin Sofia Bt Halim

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PEMASARAN
Azri Syazwan Bin Atan

TIMBALAN BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PEMASARAN
Nurul Arfa Binti Mat

BIRO KEBAJIKAN
Ahmad Aminuddin Bin Ab. Hakim

TIMBALAN BIRO KEBAJIKAN
Jairianah Zahrahshah Bt. Irian Shah


SELAMAT BERTUGAS & TERIMA KASIH
~PEWARIS WARISAN MUTLAK~

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI 2013

ASSALAMMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH, bersyukur ke hadrat ILLAHI, kami berjaya menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi 2013 bertempat di Dewan SIRIM, Shah Alam pada 14 September 2013. Tahniah kepada semua penerima-penerima Sijil Persilatan Rendah (SRP). Seterusnya, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar yang tidak mengenal erti jemu dalam memberi segala tunjuk ajar. Serta, terima kasih kepada semua ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Semoga kita semua dirahmati ALLAH dibawah naungan Tn Syeikh Dr. Haji Md. Radzi Bin Hj. Hanafi Al-Qadahi. AMIN. 


Gambar kenang-kenangan peserta yang menghadiri
Majlis Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi 2013

Bersama  Tn Syeikh Dr. Haji Md. Radzi Bin Hj. Hanafi Al-Qadahi,
Pewaris Mutlak  Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi      

Sumber gambar: Facebook khalisah sharina

Sekian, terima kasih.

Monday, May 27, 2013

BOLING BERSAMA SILAT CEKAK HANAFI UMS

ASSALAMMUALAIKUM...

Alhamdullillah.... bersyukur ke hadrat Illahi... program terakhir untuk Semester 2, Sesi 2012/2013, Program Boling Bersama Silat Cekak Hanafi UMS telah berjaya mencapai matlamatnya. Program ini telah dijalankan pada:-
Hari: Ahad
Tarikh: 26 Mei 2013
Tempat: U-Bowl, 1 Borneo

Program ini adalah berbentuk pertandingan dimana kategori lelaki disertai oleh 5 kumpulan, manakala kategori wanita disertai oleh 2 kumpulan. Pertandingan ini turut sertai oleh penyelia kelas Kelab Seni Silat Cekak Puska Ustaz Hanafi UMS, Encik Syahrom Saidon dimana kumpulan beliau menjuarai bagi kategori lelaki. 

Sesungguhnya, program sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara sesama ahli. Kepada ahli-ahli yang bakal menamatkan pengajian, semua ahli kelab mengucapkan terima kasih segala sumbangan dan jasa. Semoga kalian semua berjya mengejar impian masing-masing. Teruskanlah bersilat walau dimana anda berada. InsyaALLAH, dengan izin-NYA, kita boleh berjumpa di Kuala Lumpur pada tahun 2015 bagi mengharumkan nama SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI MALAYSIA dipersada dunia. 









Johan kategori lelaki
Naib Johan
Tempat ketiga
Saguhati
Saguhati
Johan Kategori Wanita
Naib Juara
Cenderhati Kelab UMS kepada Penyelia
Gambar Kenang-kenangan

**Sumbangan gambar daripada Facebook Nur Laila 

Sekian, Terima Kasih :)


Sunday, March 10, 2013

UMS Turut Serta Cipta Sejarah Cekak Hanafi Sabah

ASSALAMMUALAIKUM

Syukur Alhamdulillah, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah telah berjaya menganjurkan Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi Terpanjang Peringkat Negeri Sabah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-13 Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Mac 2013 di Taman Sungai Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. 

Banner Rasmi
Perasmian
Pandangan dari Atas
Pesilat-Pesilat UMS
Demo dari UMS

Srikandi
Keratan Akhbar
Kami Telah Cipta Sejarah
Terima kasih kepada pihak Persatuan dan pesilat-pesilat seluruh negeri Sabah dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya program ini memberi impak yang besar kepada Silat Cekak Ustaz Hanafi keseluruhannya dan berharap masyarakat dapat membuka minda mereka tentang pentingnya seni pertahankan diri dalam kehidupan. Semoga Silat Cekak Ustaz Hanafi sentiasa dapat keberkatan daripada ALLAH SWT.
IN-SYA-ALLAH.

**Sumber gambar: Facebook Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah dan pesilat-pesilat Cekak Hanafi. 

Sekian, Terima Kasih.