Friday, September 14, 2012

PENGAMBILAN AHLI BARU DI PROGRAM SEERAT SALAM KOLEJ E, UMS

Alhamdulillah...

Selesai sudah pengambilan ahli baru di Program Seerat Salam Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah dalam slot Mari Mengenali dan Sertai Kelab yang telah dijalankan pada 11, 12, dan 13 September 2012 baru-baru ini. 

Jutaan terima kasih kepada Pengetua Kolej Kediaman E, Dr Andika Aziz Husin, Felo Blok A2 merangkap ahli silat cekak hanafi iaitu Encik La Masri, Jakmas-jakmas Kolej E, UMS, AJK Pelaksana, pelajar-pelajar Kolej E dan semestinya ahli-ahli Kelab Seni silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UMS. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Pengambilan ahli baru perlu diperluaskan juga di kolej kediaman yang lain dan beberapa perancangan program pengambilan ahli baru yang akan diberitahu dari semasa ke semasa. Diharapkan ahli-ahli silat cekak terus bersedia dengan semangat 1 Suara 1 Hati dalam meramaikan lagi ahli silat kita. InsyaALLAH, dipermudahkan.

jom daftar ramai-ramai
skuad demo 
Majlis Penerangan disampaikan oleh Penyelia Kelab Silat
Cekak Hanafi UMS, Encik Syahrom Bin Saidon
Asas buah pertama
kaedah C
Asas buah hempuk
Booth kami
penuh penceritaan disebalik gambar
kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Dato' Saifuddin Abdullah, TNC Hal Ehwal Pelajar UMS, Dato' Kasim
Mansur dan Pengetua Kolej Kediaman E, Dr Andika Aziz Husin 

Tahniah kepada semua yang menjayakan.
Sekian, Terima Kasih.

2 comments: