Wednesday, October 30, 2013

MAKAN MALAM AMAL SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI SABAH

ASSALAMUUALAIKUM

Syukur ALHAMDULILLAH, dengan limpah kurniaNYA, Majlis Makan Malam Amal Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah telah bejaya dilaksanakan pada ketetapan berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 26 Oktober 2013
Tempat: Megallen Sutera Habour, Kota Kinabalu, Sabah

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin sebagai perasmi Sambutan 20 Tahun Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di negeri Sabah serta kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang lain. Terima kasih kepada pihak penganjur dan ahli jawatankuasa yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ini. Sesungguhnya, majlis ini memberi kesan yang besar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Sabah. Semoga perancangan program-program seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. IN SYA ALLAH. Untuk berita penuh Majlis Makan Malam Amal boleh layari di Laman Web Rasmi Persatuan Seni SIlat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah.

Gambar kenang-kenangan Ahli Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS di Majlis Makan Malam Amal Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah.

Bersama YM Tn Syeikh Dr. Haji Md. Radzi Bin Hj. Hanafi Al-Qadahi

Petugas dan Urusetia dari UMS
Tema Batik Dipilih

Bersama Pembawa Parang Lading
Senjata Rasmi Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi

Sumber gambar: Ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah


Sekian Terima Kasih.


Saturday, October 5, 2013

PEMBUKAAN BOOTH BERJAYA

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULLILLAH, misi membuka booth pengambilan ahli baru di Dewan Kuliah Utama (DKP) Baru telah berjaya dijalankan pada hari Rabu hingga Jumaat, 2 hingga 4 Oktober 2013. Jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UMS ynag turun membantu dalam mempromosikan silat kita. Teruskan usaha menarik ramai lagi ahli baru agar keluarga Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di UMS semakin berkembang. Semoga usaha yang dijalankan dirahmati, IN SYA ALLAH. 


Gambar di Hari Ke-2

Sekian, terima kasih.